Ahad

Dari Meja Ketua Daerah Beluran


Pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada OKK Abdul Rasid Bin Dondolang selaku Ketua Daerah Beluran kerana beliu sudi memberikan maklumat tentang suku kaum orang sungai di daerah beluran terutama berkaitan adat istiadat orang sungai.Maklumat yang beliu berikan akan saya kemukakan di dalam blog ini dari masa ke semasa.Ini adalah sebagai rujukan orang-orang sungai di daerah beluran terutamanya generasi baru seperti saya.Untuk maklumat lebih terperinci dan tepat saya berharap saudara sekelian dapat membuat rujukan daripada Ketua Daerah Beluran sendiri iaitu OKK Abdul Rasid Bin Dundulang.

PERTUNANGAN DAN PERKAHWINAN ORANG SUNGAI
 
ADAT MEMINAG
A.MENAMONG
-membantu ibu bapa perempuan dengan tujuan melamar anaknya.Apabila seseorang pemuda/teruna itu telah dewasa dan telah berkenan dengan seseorang perawan,maka mengikut adat suku kaum sungai inokang dan puawang.Seseorang lelaki itu diwajibkan Menammong iaitu membantu segala kerja-kerja ibubapa perawan tersebut dan memberikan barang-barang dapur sedikit demi sedikit sehingga pihak ibubapa memikirkan sudah sampai masanya mereka di tunangkan.
Nota: Jika syarat-syarat ini sempurna ditunaikan oleh pemuda berkenaan tanpa membuat kesilapan.Maka menjadi kebiasaan bagi masyarakat suku kaum sungai Inokang/puawang tidak meminta berian atau belanja dapur,belanja hangus (Burroh) selain daripada Ranggi-ranggi (kepala berian)

B.DEMAKAN(TAPAK SIRIH)
-Sekirabya ibu bapa lelaki/pemuda berhasrat untuk meminang seseorang dara perawan.Maka mereka haruslah menyediakan (Demakan) iaitu bungkusan tapak sirih yang berupa alat bahan sirih pinang,rokok dan wangi-wangian dan menyuruh menghantar wakil,biasanya ketua kampong atau ketua suku kaum.

C.BUKA LAWANG(Pembuka/pendahuluan bicara atau kata-kata)
-Sebuah gong ataupun RM30 diletakkan oleh wakil lelaki bersama Demakan iaitu bungkusan tapak sirih,semasa memulakan hasrat dan tujuannya.

D.SONGKET KOBANG (Pembuka/pencungkil mulut)
-Seandainya maksud dan tujuan,wakil pihak lelaki telah diluahkan dan disampaikan tetapi pihak keluarga tidak menjawab maksud tersebut.Maka pihak lelaki mestilah membayar SONGKET KOBANG sebuah gong RM30.

E.KEMELUHAN (Denda mulut)
-Sekiranya berlaku selisih faham di antara pihak lelaki dan pihak perempuan sebelum upecara peminangan ini berlaku, iaitu sebuah gong RM30

F.USORAN(denda kerosakan maruah perempuan)
-Jika berlaku perzinaan atau kesalahan yang melampaui batasan diantara teruna dan dara sebelum peminagan dilakukan.

G.PORINTAH MUSONSAWOH
-Sekiranya sewaktu bercinta pihak teruna/dara tidak melakukan kesalahan yang melampaui batasan dan pihak lelaki mendesak pihak perempuan untuk mengikat pertunangan.Maka pihak lelaki haruslah menbayar denda Porintah musonsawoh tanda kehormatan oertunangan iaitu bernilai satu piukul RM60 kepada pihak perempuan.

H.TINGKOLOS (Ikatan Pertunangan)
-Seandainya kedua belah pihak bersetuju dan mencapai keputusan muktamad.Maka pihak perantaraan yanterdiri dari Ketua kampong ataupun ketua suku kaum akan membuat Tingkolos (berupa simpulan-simpulan tali)yang mengandungi setiap satu simpulan satu syarat atau berian belanja dapur.Belanja hangus (Borroh).

I.OHPOG (Memaksa)
-Ohpog ini dikeluarkan/dibayar apabila pihak perempuan/dara yang ditunang berdalih.Kecuali terdapat sumpahan.mengalami mimpi buruk,dan lain-lain masalah yang munasabah.
Nota: jika terjadi sesuatu masalah atas pertunangan ini,seperti pihak perempuan berlaku curang ataupun memindah mengingkari perjanjian.Maka perempua haruslah membayar denda ataupun ganti rugi kepada pihak lelaki.Seperti dibawah:-
PENOLAKAN:-
A)gong 1 buah RM30 -1 pikul/RM60
B)Denda gong 1 buah -1pikul/RM60
C)Kewaid-disertakan dengan ganti rugi pihak lelaki iaitu 1 pikul/RM60

J.ABBOS (kempunan bagi semua yang mendengar)
-iaitu mengadakan upacara/majlis makan minum seperti upacara perkahwinan,kecuali bersanding mengikut perjanjian semasa pertunangan dan jika perkara ini sebaliknya berlaku keatas lelaki/teruna atau keluarga teruna sehingga mengakibatkan pertunangan terputus.Maka syarat-syarat ini dikenakan keatas pihak lelaki/teruna dan semua kerugian tidak dikembalikan.

K.SALAG (SOLOD) direbut.
-seandainya seorang perawan/dara yang telah bertunang.Telah berlaku curang bercinta seterusnya berkahwin dengan lelaki lain.Maka pihak lelaki yang merebut (pesalah) tersebut dikenakan hukuman yang diberikankepada bekas tunangan perempuan berkenaan.Seperti yang tertulis dibawah ini:-
i)membayar kerugian bekas tunagan tersebut.
ii)Denda SALAG 1gong RM30 -1 pikul RM60
iii)Denda SOLOD 1gong Rm30 -1pikul RM60
iv)PUSOLOTAN (Perdamaian) 1gong RM30 -1pikul RM60
Nota:
1)Denda bagi 1gong RM30 ialah bagi orang biasa(umum)
2)Denda bagi 1 pikul(1gong besar,besi) RM60 ialah bagi keluarga pemegang adat.

UPACARA PERKAHWINAN (MO’ENTON)


A.RANGGI-RANGGI Kepala Berian/Hantaran)
-Disediakan dan dibawa bersama dan seterusnya diserahkan sebelum upacara persandingan.Benda-benda tersebut ialah:-
1)kuali kecil (yang belum dipakai).
2)Mangkuk piring 1 set (kaca sahaja).
3)Pisau kecil buatan kampong (Pais).
4)Rentas kapot (Pembuka butang).
5)Lembing (bangkau) yang belum bertangkai.
6)Ansongai (manic-manik) yang disusun rapid an cantik.

B.SUKAB LAWANG (Pembuka pintu/Tabir)
-Semasa hendak menaiki dan seterusnya memasuki ruang pelamin,pihak pengantin lelaki haruslah menyediakan wang tunai RM60 sebagai persediaan pembayaran Sukab Lawang ataupun (Pembuka pintu/tabir) kerana besar kemungkinan pihak perempuan mengadakan sekatan lebih dari satu pintu atau tabir sebelum sampai ke pelamin.

C.PINTAL (Permintaan Khas)
-Biasanya semasa pengantin lelaki memasuki ruang rumah pengantin perempuan.Pintal itu diminta oleh ibubapa.Keluarga untuk memainkan tarian Tradisional ataupun meminum minuman keras.Mengikut kehendak atau sukatan pihak perempuan.Seandainya pihak pengantin lelaki sendiri tidak pandai atau sesuatu sebab.Maka wakil juga diterima (sah).

D.PU’ORONGAN (Pengantin makan bersama)
-Setelah upacara persandingan diadakan maka keluarga kedua belah pihak menghidangkan 1 bekas/talam makan/minuman yang mengandungi sebuah piring nasi yang dicalak (tinodokan) sepasang kaki ayam yang telah dimasak dan semangkuk lauk yang dimasak secukupnya.Kemudian pihak pengantin perempuan memberikan syarat bahawa pihak pengantin lelaki memakan sepasang kaki ayam tersebut.Jika pengantin lelaki pemalu maka wakil juga boleh diterima (sah).

E.SOGIT Seroi (Doa restu)
-Setelah selesai upacara pu’orongsn (pengantin makan bersama).Maka satu bekas air yang berupa talam tembaga atau barang-barang antic yang serupa telah disediakan yang berisi air,ambiau,dolok serta bunga-bunga wangi.Kemudian kedua belah kaki mereka mencelup kedalam bekas tersebut didahului oleh pengantin perempuan sambil pihak keluarga mendoakan kebahagiaan dan umur panjang kepada kedua pengantin.

F.MONGELUSEW (Upacara dirumah ibubapa lelaki)BETINGKUANG.
-Setelah selesai upacara/istiadat persandingan di rumah ibu bapa pengantin perempuan iaitu 1-3hari.Maka upacara keramaian tersebut beralih ke rumah ibu bapa lelaki.

G.TA’ALIK (nasihat kepada pengantin)
-Setelah selesai semua upacra istiadat perkahwinan/persandingan diadakan sebelum kedua belah pihak bersurai.Maka kedua belah pihak mengadakan ta’alik.Iaitu menasihati,mengajar cara-cara menjalankan tanggungjawab sebagai suami mahupun tanggungjawab sebagai isteri dan seterusnya menyusun,memberitahu calon-calon mertua,abang kakak,adik ipar kedua belah pihak yang dilakukan oleh ketua kampong/ketua suku kaum.

H.SUPANAH (kejadian buruk)
- walaupun pertunagan atau perkahwinan berjalan lancer tanpa masalah dari kedua belah pihak ,tetapi jika terjadi sumpahan iaitu kejadian buruk dan aneh berlaku semasa suasana upacara pertunagan ataupun perkahwinan.Maka dengan sendirinya pertungan atau perkahwinan tersebut terbatal.Dan ditunda kesuatu saat yang baik dan sesuai.Kejadian-kejadian yang boleh dijadikan sumpanah iaitu:-
1)kematian (keluarga yang terdekat antara kedua belah pihak yang terdekat).
2)Kemalangan harta benda kedua belah pihak.
3)OBAH (pohon balak yang hidup tumbang tanpa sebab).
Nota: Adat istiadat ini dijadikan pusaka oleh suku kaum sungai dimukim Lingkabau,sugut yang terdiri daripada 2 puak iaitu INOKANG/PUAWANG tanpa mengira anutan agama.

1 ulasan:

  1. perkahwinan adat nie boleh dijalankan oleh orang bukan islam jer la.. orang islam x boleh.. terjejas akidah =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    BalasPadam