Ahad

Beluranku2009



Saya berasal dari daerah beluran sabah... di situlah tempat saya di lahirkan..beluran mempunyai sejarah tersendiri dan mendapat nama daripada bukit yang terdapat di tengah-tengah pekan beluran dan pada kesempatan kali ini saya akan menyelitkan sedikit latar belakang dan sedikit sejarah tentang Daerah Beluran yang saya betik dan perolehi dan saya ubahsuai daripada laman Pejabat Daerah Beluran..Maklumat ini untuk kita kongsikan bersama dan sebarang ketidak betulan fakta harap dimaafkan dan dapat diperbetulkan...

LATAR BELAKANG DAERAH BELURAN
Daerah Beluran, dahulunya lebih dikenali sebagai Daerah Labuk-Sugut dan telah wujud sejak awal Pentadbiran British North Borneo Charterd Company, ia merupakan antara daerah yang terawal di Negeri Sabah.
Nama Beluran diambil sempena nama bukit yang menjadi "Land Mark" pekan ini, iaitu dalam bahasa Dusun Labuk, Sungai dan Tidong disebut "BULUDAN" Pertukaran nama terjadi akibat daripada salah sebutan dan ejaan dalam surat menyurat oleh warga Inggeris yang tidak fasih menyebut perkataan dalam bahasa tempatan menyebabkan BULUDAN bertukar kepada BELURAN dan kekal sehingga kini.
Pejabat Daerah Beluran telah ditubuhkan pada tahun 1945. pada tahun 1945 Encik B.S Willie telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Beluran yang pertama.
KLAGAN merupakan Pusat Pentadbiran Daerah Labuk Sugut yang pertama, tetapi kerana kawasan tersebut seringkali dilanda banjir, pada tahun 1948 Pemerintah British telah memindahkan pusat pentadbiran tersebut ke kaki bukit Beluran.
GEOGRAFI DAN SUNGAI UTAMA
Daerah Beluran terletak di Timur-Utara Sabah, bersempadan dengan daerah Pitas dan Kota Marudu di Utara, Ranau dan Tongod di Barat, Kinabatangan di Tenggara dan Sandakan di Selatan. Dengan keluasan 7,717 km persegi Daerah Beluran merupakan daerah kedua terbesar di Sabah selepas Daerah Tongod.
Di sebelah Barat Daerah ini merupakan dataran tinggi dan berbukit bukau, ia merupakan unjuran Banjaran Crocker manakala di sebelah Timur merupakan dataran rendah, sebahagiannya hutan paya bakau di pesisir pantai dan muara sungai.
Sungai utama yang melalui Daerah Beluran ialah:-
Sungai Labuk,Sungai Sapi,Sungai Tongod,Sungai Sugut,Sungai Lingkabau,Sungai Paitan,dan Sungai Tangkarason.

PROFAIL DAERAH BELURAN  
1.PENGENALAN
Daerah Beluran terletak di Pantai Timur (Bahagian Sandakan) Negeri Sabah. Merangkumi kawasan seluas 2,979 batu persegi bersamaan 7,717 kilometer.Jumlah penduduk Daerah Beluran (Banci: 2007) 94,900 orang. Majoriti penduduk terdiri daripada kaum bumiputera dengan pekerjaan utama pekebun kecil (kelapa sawit), nelayan, peniaga kecil, pekerja ladang dan kakitangan kerajaan.
2.KEDUDUKAN GEOGRAFI
Daerah Beluran terletak di Timur Laut Negeri Sabah dan berkongsi sempadan dengan beberapa daerah dan negara:
Sandakan,Kinabatangan,Ranau,Pitas,Kota Marudu,dan Filipina.
3.PERHUBUNGAN
Rangkaian jalanraya telahpun dinaiktaraf ke jalan aspal.Selain jalanraya terdapat beberapa batang sungai utama yang merupakan nadi perhubungan serta banyak mempengaruhi sistem penempatan penduduk Daerah Beluran.
Sungai Labuk,Sungai Sapi,Sungai Tongod,Sungai Sugut,Sungai,Lingkabau,Sungai Paitan,dan Sungai Tangkarason
1. Jalan Beluran-28.42 km
2. Jalan SPS 1-9.60 km
3.Jalan Moyonod-Kuala Sapi-20.00 km
4.Jalan Kolapis-7.30 km
5.Jalan Bukit Beluran-0.55 km
6.Jalan Waterworks Beluran-4.35 km
7.Jalan Bambangan Sualok-4.59 km
8.Jalan Pasar-0.60 km
9.Jalan Cahaya Baru-4.83 km
10.Jalan Muanad 1-2.90 km
11.Jalan Off SPS 1-4.65 km
12.Jalan Manduring-11.00 km
13.Jalan Bantun-11.00 km
14.Jalan Sapi-Nangoh-34.00 km  
15.Jalan Perimeter-1.42 km
16.Jalan Kelab Belia-0.64 km
17.Jalan Muanad 2-3.33 km
18.Jalan Pejabat Daerah Beluran-0.21 km
19.Jalan Pejabat JKR Beluran-0.81 km
20.Jalan Quarters JKR-0.18 km
11.Jalan Off SPS 1-4.65 km
12.Jalan Manduring-11.00 km
13.Jalan Bantun-11.00 km
14.Jalan Sapi-Nangoh-34.00 km
15.Jalan Perimeter-1.42 km
16.Jalan Kelab Belia-0.64 km
17.Jalan Muanad 2-3.33 km
18.Jalan Pejabat Daerah Beluran-0.21 km
19.Jalan Pejabat JKR Beluran-0.81 km
20.Jalan Quarters JKR-0.18 km
4.SUKU KAUM UTAMA DAERAH BELURAN
Sungai,
DusunKadazan,Tidong,Rungus,Dumpas,Bajau Sabah,Suluk Sabah,Brunai,Cina,Lain-lain

5.SUMBER PENDAPATAN
Sektor Pertanian dan Perladangan merupakan sumber pendapatan utama Daerah Beluran,Kelapa sawit merupakan tanaman utama selain getah,padi,kopi,rotan dan sebagainya.
6.BENTUK MUKA BUMI
Daerah ini sebahagian besarnya terdiri daripada tanah rata yang sesuai untuk pertanian,sebahagiannya tanah landai dan berbukit bukau sementara pantai merupakan hutan bakau.
7.BANDAR TERDEKAT
Bandar utama terdekat ialah Sandakan dengan jarak 100 kilometer. Walau bagaimanapun, Pekan Beluran dihubungkan melalui jalanraya berturap (aspal) dengan kesemua bandar-bandar dan pekan-pekan (Daerah-Daerah) lain di Sabah. 
8.KEMUDAHAN PRASARANA
Elektrik
1. Pekan Beluran dan kawasan sekitarnya - 24 jam
2. Pekan Telupid dan kawasan sekitarnya - 24 jam
3. Kawasan Luar Bandar (Sebahagiannya) - 24 jam atau 12 jam
Bekalan Air
Bekalan air oleh Jabatan Air merangkumi kawasan Pekan Beluran dan Telupid.
Kemudahan Telefon
Kemudahan talian telefon milik Syarikat Telekom Malaysia Bhd. merangkumi kawasan Pekan Beluran dan Pekan Telupid. Sebahagian kawasan luar bandar boleh dihubungi melalui telefon mudah alih.
Kemudahan Talian Komputer
Tiada masalah bagi kawasan Pekan Beluran
9.SEKOLAH 
Sekolah Menengah = 6 buah
Sekolah Rendah = 45 buah
Tabika (Kemas) = 26 buah
(12 buah sekolah dilalui menggunakan jalan laut & Sungai)
10.INSTITUSI KERAJAAN
Ibu Pejabat Polis Daerah = 1 buah
Hospital Daerah Beluran = 1 buah
Klinik Kesihatan = 1 buah
Klinik Ibu dan Anak = 1 buah
Pejabat Kerajaan Negeri = 26 buah
Pejabat Kerajaan Persekutuan = 17 buah
Badan Berkanun = 9 buah
Swasta = 5 buah
11.RUMAH KEDAI
Rumah Kedai Konkrit-3 Blok-18 Lot
Kedai-kedai Separa kekal-15 buah
Gerai-gerai-66 buah
Klinik Swasta-1 buah
12.PENGINAPAN
Rumah Rehat Kerajaan-2 buah
Motel-2 buah
SENARAI MUKIM (ZON) DAERAH BELURAN
1.Zon Kolapis
2.Zon Klagan
3.Zon Nangoh
4.Zon Kolapis  
5.Zon Wonod 6
6.Zon Buis
7.Zon Botition
8.Zon Lingkabau
9.Zon Pantai Boring
10.Zon Paitan
11.Zon Jambongan
12.Zon Tangkarason
* Semua kampung dalam Mukim Botition adalah termasuk dalam Kawasan N.39 Sugut tetapi diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Beluran dengan Kerjasama Pejabat Daerah Kecil Paitan.
BILANGAN KAMPUNG : 68 BILANGAN PENDUDUK : 19,809 (2008) BILANGAN KEDIAMAN : 3,346 BIL

ZON PENTADBIRAN
NAMA KAMPUNG
1.TETABUAN  
Kg.Tetabuan,Kg.Keniogan
2.KLAGAN
Kg.Air Beluran,Kg.Keramat,Kg.Sri Menanti,Kg.Kuala Pelandok,Kg.Ulu Pelandok,Kg.Muanad 1,Kg.Muanad 2,Kg.Muanad 3,Kg.Ranpek Muanad 4,Kg.Bukit Besi,Kg.Biangkang,Kg.Klagan Jaya,Kg.Klagan Baru
3.KOLAPIS
Kg. Kolapis Laut,Kg. Kolapis Pasir,Kg.Kolapis Sebrang
,Kg.Kolapis Darat,Kg.Sungai Napas,Kg.Sungai-Sungai,Kg.Iran Baru,Kg. Pelantong,Kg.Cahaya Baru,Kg.Sungai Nangka,Kg.Balaban Jaya.
4.SAPI
Kg.Kuala Sapi,Kg. Pandan-Pandan,Kg.Bantun,Kg.Sungai Sapi,kg.Manduring,Kg.bintang mas,Kg.Ulu Sapi,Kg.Toniting,Kg.Ulu Muanad Bt.53,Kg.Lubuk Dungun 1,Kg. Lubuk Dungun 2,Kg.Lidong,Kg.Penimbanan,Kg.Sualok,Kg.Bambangan,
5.NANGOH
Kg.Bakong-Bakong,Kg.Biru-Biru,Kg.Perancangan,Kg.Ganah Jati,Kg.Rumidi Lama,Kg.Tembidong-Bidong,Kg.Terasak,Kg.Nangoh,Kg.Rancangan Nangoh,Kg. Sinaputan,Kg.Rumidi Baru,Kg.Pinunakan.
6.PAMOL
Kg. Bayok,Kg.Tagas-Tagas,kg.Lumantik,Kg.Kamansi,Kg.Tolungan,kg.Tongod,Kg.Kokos,Kg.Cenderamata,Kg.Botition,Kg.Basinti Baru,Kg.Basinti Lama(Dorom-Dorom,Kg.Basai Baru,Kg.Rungus Baru,Kg.Lintabung Darat,Kg.Timbulus,Kg.Dampiron.
Itulah serba sedikit tentang daerah beluran.Apabila anda melawat pekan beluran anda akan berasa unik kerana terdapat satu bukit di kawasan pekan beluran yang sekarang bukit tersebut di binanya tapak balai polis... 
Satu yang kurang adalah kemudahan Bank yang tidak terdapat disini.Diharapkan pemimpin Parlimen beluran dapat memandang kekurangan yang terdapat di beluran untuk diwujudkan sebagai kemudahkan rakyat beluran... Masalah yang sehingga kini dihadapi oleh penduduk-penduduk kampung di daerah beluran ialah bekalan air bersih yang masih tidak memuaskan....
Bekalan air selalu terputus....bertahun-tahun lamanya, seakan tiada jalan penyelesaian ya
ng diambil oleh 'orang kuat beluran'...diharap pentadbiran sekarang dapat memandang serius perkara ini...

1 ulasan:

  1. slm...
    Saya tertarik dgn coretan saudara brtajuk beluranku...tahniahla krna peka dn saya mendpt maklumt mengenainya...maknanya saudara ada jgk hrapn dn idea...cuma saya cdgkn kita satukn idea saudara itu spt apa yg saya maksud dlm blog saya yg saudara tidk brsetuju mengenainya…tmksi

    BalasPadam