Isnin

Salam Kembali Semua...


Pertama sekali sungaiboy mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana sentiasa meluangkan masa untuk berkunjung keblog riverboybeluran.Dalam beberapa minggu yang lalu operasi mengupdate blog tergendala untuk sementara waktu kerana laptop ada masalah hadware dan terpaksa lah hantar ke acer untuk diperbaiki.Tergerak hati jugak nak beli laptop baru tapi sayang sangat dengan laptop ni selagi laptop ni masih boleh digunakan sungaiboy akan terus menggunakannya walaupun tak lah secanggih mana pun laptop ni ia tetap sungaiboy sayangi..

Teramat lah bosan sepanjang laptop tiada,sekarang barulah terasa ada teman cz laptop da ada depan mata dan boleh terus berkongsi ilmu dengan anda semua. Seperti yang anda semua sedia maklum blog sungaiboy ni adalah 80% dalam versi bahasa sungai.Tapi melalui maklumbals yang sungaiboy terima pengunjung blog ni adalah terdiri daripada pelbagi kaum.Untuk kemudahan anda semua sungai boy akan berusaha untuk menghasilkan sebuah kamus yang akan sungaiboy masukkan kedalam blog riverboybeluran sebagai panduan untuk semua pengunjung blog ini. Memandangkan bahasa sungai belum ada kamusnya sendiri saya harap nanti kamus yang akan saya hasilkan serba sedikit dapat membantu anda dalam memahami isi blog saya dan sekaligus dapat mempelajari bahasa sungai. Sungaiboy akan mengambil sedikit masa untuk menghasilkan kamus tersebut dan sungai boy akan meletakkanya dalam blog riverboybeluran.
Akhir kata dari saya untuk kali ini,terima kasih kerana anda semua terus erkunjung keblog ini.Saya memohon seribu kemaafan andai terdapat cacat cela dalam blog ini dan pandangan serta komen membina anda adalah amat saya harapkan.Terima Kasih.

1 ulasan:

  1. salam kembara bro..

    wahh!

    sangat menarik cadangan ko tu..

    memang dari dulu haku dh suggest agar bahasa etnik dikamuskan..

    tahniah atas kesungguhan mu bro..

    ngee..

    BalasPadam